Menurut sejarah dan cerita masyarakat setempat. Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus telah diasaskan oleh Encik Esop Ak Ukar. Beliau telah mendirikan sekolah ini kerana anaknya yang bernama Uga Ak Esop (sekarang dikenali sebagai Penghulu Uga) enggan bersekolah di pasar Kapit. Ini adalah disebabkan jarak di antara pasar Kapit dengan rumah panjangnya adalah jauh. Sekolah ini telah didirikan atas usaha secara bergotong-royong pada tahun 1957 dengan segala perbelanjaannya dan bahan binaan diperoleh atas pungutan/sumbangan mengikut kemampuan masyarakat terlibat iaitu penduduk sekitar Pelagus.
Sekolah ini dinamakan Nanga Pelagus bersempena dengan lokasi sekolah ini yang terletak pada kuala sungai Pelagus dan dalam bahasa tempatan iaitu bahasa Iban ia dikenali “nanga Pelagus”. Sekolah ini juga terletak berdekatan dengan Pelagus Resort dan jeram yang paling terkenal dan berbahaya di bahagian Kapit khasnya dan Sarawak amnya di bahagian hilir sungai. Pada permulaan pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan satu tingkat yang diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi iaitu belian dengan bercirikan rumah panjang masyarakat Iban.
Dari segi tenaga kerja pula, hanya terdapat 2 orang guru sahaja iaitu Cikgu Listin Baling Ak Nyala selaku Guru Besar dan Cikgu Jalil Bolda. Manakala Puan Tiong yang merupakan isteri kepada Guru Besar adalah penyelia dan tukang masak untuk murid-murid asrama pada ketika itu. Pada mulanya, hanya terdapat lebih kurang 60 orang murid yang kesemuanya adalah murid asrama. Dengan jumlah yang sedikit maka hanya 4 buah bilik darjah sahaja yang dapat dibuka.
Pada awal pembukaannya, murid-murid sekolah ini datang dari 7 buah rumah panjang yang berdekatan iaitu Rh. Panjang Nanga Kedebuk, Nanga Benin, Nanga Mela, Sungai Pelagus, Sungai Kapit, Nanga Peraran dan Pulau Raya.